Fadhilat Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya
mengandungi 3 ayat dan diturunkan
di Makkah, bermaksud sungai di
syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan
cantik. Rasanya lebih manis daripada
madu, warnanya pula lebih putih
daripada susu dan lebih wangi
daripada kasturi. Surah ini disifatkan
sebagai surah penghibur hati Nabi
Muhammad s.a.w. kerana diturunkan
ketika baginda bersedih atas
kematian 2 orang yang dikasihi iaitu
anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib. Pelbagai
khasiat terkandung di dalam surah ini
dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan
berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air,
bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti
berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah
ini sebanyak 10 kali pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena
sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-
mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada
kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000 kali,
rezeki kita akan bertambah.
Follow @amal2681
Tiada ulasan:
Catat Ulasan