Koleksi Petua Islam Untuk Awet
Muda
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum
mandi dan gosok gigi, amalkan petua
ini. Urutkan wajah anda dengan air
dari bawah dagu hingga ke atas dahi
diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan
setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun
pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,
minum air dan biarkan ia di dalam
mulut selama 10 saat dan sambil itu
selawat 3 kali. Kemudian, baru
diteguk. Air liur ada enzim yang boleh
jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku
atau rambut pada hari-hari yang baik
iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain
itu, amalkan menanam kuku/rambut
yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di
waktu pagi baca selawat Nabi di
kedua-dua tapak tangan dan raupkan
ke muka berserta niat dalam hati
supaya di indahkan wajah seperti
Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita
agak muda daripada umur kita,
amalkanlah petua ini dengan jujur dan
ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh
bacalah surah Yusuf, kemudian minum
air suam sebanyak 3 teguk sahaja.
Wajah anda akan kelihatan muda
daripada umur sebenar anda.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38
surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati
setiap kali mandi untuk curahan
pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan
mandi embun. Usap embun dari hujung
daun pada wajah, rambut dan kulit
badan. Khasiat air embun amat
banyak. InsyaAllah wajah akan berseri
dan tubuh badan menjadi sihat serta
awet muda.
Follow @amal2681
Tiada ulasan:
Catat Ulasan