klik!klik!klik!..

Isnin, 2 Januari 2012

Kelebihan Surah Yaasin

Kelebihan Surah Yaasin...

  • Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri
  • Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
  • Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
  • Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
  • Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
  • Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
  • Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
  • Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
  • Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
  • Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
  • Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
  • Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
  • Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.
  • Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
  • Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
  • Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
  • Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
  • Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba ,Tiupan 11 - Hancur,Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
  • Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
  • Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
  • Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
  • Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.
  • Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
  • Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
  • Buah Zaiton - Elok untuk kulit
  • Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
  • Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
  • Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga,fikiran lemah, tidak boleh beranak.Seelok-eloknya dibaca :       
  • 1. Selepas sembahyang subuh                                                                                                                  
  • 2. 3 Jumaat berturut-turut                                                                                                                      
  • 3. Ayat 1 - Yassin baca 7x                                                                                                                
  • 4. Ayat 38 - 12x                                                                                                                                
  • 5. Ayat 58 - 7x                                                                                                                                  
  • 6. Ayat 82 - 14x                                                                                                                               
  • 7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.                                
  • 8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al-Fatihah.                                                                                                                                         
  • 9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.Wallahualam.

    Bersedeqah.

    Bersedeqahlah untuk keluargamu
    yang telah mati. Allah SWT telah
    mewakilkan beberapa malaikat yang
    akan membawa sedeqah orang yang
    hidup kepada orang yang mati itu,
    maka sukacitalah mereka (orang
    mati) lebih daripada sukacitanya
    semasa di dunia sambil berkata : Ya
    Tuhanku, ampunilah orang yang
    menerangkan kubur kami dan
    gembirakanlah dia dengan syurga
    sebagaimana dia telah
    mengembirakan kami dengan
    sedeqahnya.

    Isnin, 19 Disember 2011

    Tutorial #24 : Letak FB Like Button Setiap Entry/Post [Re-post]

    Tutorial #24 : Letak FB Like Button Setiap Entry/Post [Re-post]

    Fadhilaat Surah Al-Kauthar

    Fadhilat Surah Al-Kautsar
    Surah ini paling pendek, hanya
    mengandungi 3 ayat dan diturunkan
    di Makkah, bermaksud sungai di
    syurga. Kolam sungai ini diperbuat
    daripada batu permata nan indah dan
    cantik. Rasanya lebih manis daripada
    madu, warnanya pula lebih putih
    daripada susu dan lebih wangi
    daripada kasturi. Surah ini disifatkan
    sebagai surah penghibur hati Nabi
    Muhammad s.a.w. kerana diturunkan
    ketika baginda bersedih atas
    kematian 2 orang yang dikasihi iaitu
    anak lelakinya Ibrahim dan bapa
    saudaranya Abu Talib. Pelbagai
    khasiat terkandung di dalam surah ini
    dan boleh kita amalkan:-
    1) Baca surah ini ketika hujan dan
    berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
    makbulkan doa kita.
    2) Jika kita kehausan dan tiada air,
    bacalah surah ini dan gosok di leher,
    Insya'allah hilang dahaga.
    3) Jika sering sakit mata, seperti
    berair, gatal, bengkak, sapukan air
    mawar yang sudah dibacakan surah
    ini sebanyak 10 kali pada mata.
    4) Jika rumah dipercayai terkena
    sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-
    mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada
    kita dimana letaknya sihir itu.
    5) Jika membacanya 1,000 kali,
    rezeki kita akan bertambah.

    Fadhilat Ayat Kursi(surah Al-Baqarah)

    AYAT QURSI (AL-BAQARAH)
    Sesiapa membacanya Allah akan
    utuskan malaikat menulis
    kebaikkannya dan menghapuskan
    keburukkannya dari saat ia
    membacanya hingga keesokkan
    hari.
    Jika membaca ketika hendak
    tidur akan dijaga oleh dua
    malaikat hingga ke pagi.
    Jika dibaca untuk dihadiahkan
    kepada ahli-ahli kubur lnsya'Allah
    akan dimasukkan 40 nur ke
    dalam setiap kubur dan Allah
    luaskan kubur itu serta
    didapatkannya pahala 60 nabi.
    Apabila dibaca setiap kali selesai
    sembahyang fardhu, lnsya'Allah
    malaikat maut akan diperintahkan
    berhati - hati dalam mencabut
    nyawanya dan dia seperti
    mujahid yang berperang membela
    para nabi hingga syahid.
    Jika dibaca ketika menghadapi
    kesusahan Insya'Allah ia akan
    mendapat pertolongan dari-Nya.
    Mengamalkan membacanya setiap
    selesai sembahyang fardhu
    sebanyak 7 atau 11 kali,
    Insya'Allah mendapat
    keistimewaan masuk syurga dari
    pintu mana yang disukainya.

    Fadhilat Surah Al-Ikhlas

    FADHILAT SURAH AL IKHLAS
    1. Perlindongan dari zina
    2. Bersih dan sucikan hati kita
    3. Bacalah 3X sebelum terbit
    matahari dan 3X selepas terbenam
    matahari
    . Allah selamatkan dari segala
    kejahatan.

    Khasiat Surah al-Fatihah,Al-Ikhlas,Al-Falaq & An-Nas.

    Sabda Rasulullah S.A.W :
    Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
    sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
    itu tertulis di
    sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus
    Somad itu tertulis di sayap malaikat
    Mikail a.s,
    Lamyalid walam yuulad tertulis pada
    sayap malaikat Izrail a.s, Walam
    yakullahu kufuwan
    ahadu tertulis pada sayap malaikat
    Israfil a.s.
    Siapa membaca surah Fatihah, al-
    ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap
    satu sebanyak 7 kali
    selepas solat jumaat, nescaya
    terpelihara dari perkara keji dan
    segala bala hinggalah ke
    jumaat yang berikutnya.
    Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-
    falaq and an-nass pagi dan petang
    nescaya tidak
    mengalami apa-apa kesusahan.

    Khamis, 1 Disember 2011

    Petua awet muda

    Koleksi Petua Islam Untuk Awet
    Muda
    Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum
    mandi dan gosok gigi, amalkan petua
    ini. Urutkan wajah anda dengan air
    dari bawah dagu hingga ke atas dahi
    diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan
    setiap hari urutan ini.
    Petua 2 : Sejurus bangun
    pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,
    minum air dan biarkan ia di dalam
    mulut selama 10 saat dan sambil itu
    selawat 3 kali. Kemudian, baru
    diteguk. Air liur ada enzim yang boleh
    jadi ubat.
    Petua 3 : Amalkan memotong kuku
    atau rambut pada hari-hari yang baik
    iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain
    itu, amalkan menanam kuku/rambut
    yang dipotong atau gugur.
    Petua 4 : Semasa berdandan di
    waktu pagi baca selawat Nabi di
    kedua-dua tapak tangan dan raupkan
    ke muka berserta niat dalam hati
    supaya di indahkan wajah seperti
    Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
    Petua 5 : Untuk melihat wajah kita
    agak muda daripada umur kita,
    amalkanlah petua ini dengan jujur dan
    ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh
    bacalah surah Yusuf, kemudian minum
    air suam sebanyak 3 teguk sahaja.
    Wajah anda akan kelihatan muda
    daripada umur sebenar anda.
    Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38
    surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati
    setiap kali mandi untuk curahan
    pertama, mulakan dari kepala.
    Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan
    mandi embun. Usap embun dari hujung
    daun pada wajah, rambut dan kulit
    badan. Khasiat air embun amat
    banyak. InsyaAllah wajah akan berseri
    dan tubuh badan menjadi sihat serta
    awet muda.

    Ahad, 13 November 2011

    10 mayat yang tak reput.




    Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.



    Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 
    "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" 
    Maka jawabnya Rasulullah saw, 
    "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

    Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

    Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

    1. Para Nabi
    2. Para Ahli Jihad
    3. Para Alim Ulama
    4. Para Syuhada
    5. Para Penghafal Al Quran
    6. Imam atau Pemimpin yang Adil
    7. Tukang Azan
    8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
    9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
    10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

    Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

    Maka Malaikat Ridhwan menyeru, 
    Wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud

    "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

    "Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah

    Jumaat, 11 November 2011

    TAK TAHAN DIGELAR PENDEK, WANITA INI LAKUKAN PEMBEDAHAN TINGGIKAN DIRI!

    SEPANJANG menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah, Sara Vornamen yang kini berumur 29 tahun kerap menjadi bahan ejekan rakan-rakan kerana ketinggiannya yang hanya 152 sentimeter.

    Pelbagai gelaran menghina seperti pendek diberikan kepadanya dan ejekan itu berterusan sehingga wanita berkenaan memasuki alam pekerjaan sebagai seorang peguam.
    Walaupun pengalaman itu turut dikongsi mereka yang mempunyai ketinggian rendah tetapi Vornamen mengambil keputusan nekad untuk melalukan sesuatu yang dramatik bagi mengubah hidupnya.
    Berbekalkan tekad itu, beliau mendaftar diri di sebuah hospital ribuan kilometer dari Britain di sebuah kawasan terpencil di Siberia untuk menjalani pembedahan.
    Pembedahan kosmetik yang pada era perubatan moden terkini masih dianggap kontroversi itu melibatkan pemotongan tulang kaki untuk menambahkan ketinggian pesakit.
    Bagi Vornamen, impiannya tercapai dan kini dia memiliki lebih keyakinan diri selepas berjaya menambah ketinggian sebanyak 7.6 sentimeter.
    Berikutan sebab tersebut, klinik di bandar Kurgan, di kawasan paling terpencil di Eropah Timur menjadi terkenal dengan teknik pembedahan kerangka Ilizarov yang menjanjikan penambahan ketinggian sehingga 30.48 sentimeter.
    Sejak sedekad lalu, sebanyak 10,000 pesakit, kebanyakannya dari negara maju termasuk Britain, Australia dan Mesir membanjiri hospital yang mendapat jolokan 'kilang panjangkan kaki' itu.
    Di dalam bilik pembedahan di hospital itu, senarionya tidak ubah seperti sebuah bilik penyiksaan dengan tulang kering pesakit dipatahkan dan disambungkan dengan menggunakan pin besi.
    Teknik itu membentuk satu acuan dan menggunakan jejari besi dari sebuah kerangka besi yang menembusi daging untuk membetulkan kedudukan tulang.
    Berbanding teknik konvensional yang merapatkan kedua-dua bahagian tulang supaya tulang baru dapat tumbuh dan menyambung bahagian yang patah, Kerangka Ilizarov merenggangkan lagi dua bahagian tulang itu.
    Dengan menghalang hujung tulang patah bersambung, badan manusia akan menghasilkan sel-sel tulang baru untuk menyambung bahagian yang patah.
    Pada setiap hari, ketika tulang baru mula terhasil, bahagian yang patah itu akan direnggangkan lagi.
    Melalui proses itu, pakar-pakar pembedahan dapat memanjangkan tulang kaki sehingga hampir 5 sentimeter hanya dalam tempoh sebulan.
    Mereka tidak lokek membayar sehingga £75,000 (RM483,000) dan menahan kesakitan selama setahun semata-mata kerana ingin menambahkan ketinggian beberapa sentimeter.

    Khamis, 10 November 2011

    Kelebihan Ayat Kursi

    1) Baca pada saat keluar rumah , 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
    2) Baca saat masuk rumah , kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
    3) Baca setelah berwudhu , Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
    4) Baca pada saat tidur , malaikat akan menjagamu sepanjang malam
    5) Baca setelah solat , maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian

    Ahad, 6 November 2011

    Potong kuku ikut sunnah

    Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
    Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.
    Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
    Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahankotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

    Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.
    Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
    Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalahberkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
    Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari
    1] jari manis2] jari kelingking (anak jari)
    dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
    Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
    Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
    p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
    DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….