klik!klik!klik!..

Isnin, 19 Disember 2011

Tutorial #24 : Letak FB Like Button Setiap Entry/Post [Re-post]

Tutorial #24 : Letak FB Like Button Setiap Entry/Post [Re-post]

Fadhilaat Surah Al-Kauthar

Fadhilat Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya
mengandungi 3 ayat dan diturunkan
di Makkah, bermaksud sungai di
syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan
cantik. Rasanya lebih manis daripada
madu, warnanya pula lebih putih
daripada susu dan lebih wangi
daripada kasturi. Surah ini disifatkan
sebagai surah penghibur hati Nabi
Muhammad s.a.w. kerana diturunkan
ketika baginda bersedih atas
kematian 2 orang yang dikasihi iaitu
anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib. Pelbagai
khasiat terkandung di dalam surah ini
dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan
berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air,
bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti
berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah
ini sebanyak 10 kali pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena
sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-
mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada
kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000 kali,
rezeki kita akan bertambah.

Fadhilat Ayat Kursi(surah Al-Baqarah)

AYAT QURSI (AL-BAQARAH)
Sesiapa membacanya Allah akan
utuskan malaikat menulis
kebaikkannya dan menghapuskan
keburukkannya dari saat ia
membacanya hingga keesokkan
hari.
Jika membaca ketika hendak
tidur akan dijaga oleh dua
malaikat hingga ke pagi.
Jika dibaca untuk dihadiahkan
kepada ahli-ahli kubur lnsya'Allah
akan dimasukkan 40 nur ke
dalam setiap kubur dan Allah
luaskan kubur itu serta
didapatkannya pahala 60 nabi.
Apabila dibaca setiap kali selesai
sembahyang fardhu, lnsya'Allah
malaikat maut akan diperintahkan
berhati - hati dalam mencabut
nyawanya dan dia seperti
mujahid yang berperang membela
para nabi hingga syahid.
Jika dibaca ketika menghadapi
kesusahan Insya'Allah ia akan
mendapat pertolongan dari-Nya.
Mengamalkan membacanya setiap
selesai sembahyang fardhu
sebanyak 7 atau 11 kali,
Insya'Allah mendapat
keistimewaan masuk syurga dari
pintu mana yang disukainya.

Fadhilat Surah Al-Ikhlas

FADHILAT SURAH AL IKHLAS
1. Perlindongan dari zina
2. Bersih dan sucikan hati kita
3. Bacalah 3X sebelum terbit
matahari dan 3X selepas terbenam
matahari
. Allah selamatkan dari segala
kejahatan.

Khasiat Surah al-Fatihah,Al-Ikhlas,Al-Falaq & An-Nas.

Sabda Rasulullah S.A.W :
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus
Somad itu tertulis di sayap malaikat
Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada
sayap malaikat Izrail a.s, Walam
yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-
ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap
satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya
terpelihara dari perkara keji dan
segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-
falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

Khamis, 1 Disember 2011

Petua awet muda

Koleksi Petua Islam Untuk Awet
Muda
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum
mandi dan gosok gigi, amalkan petua
ini. Urutkan wajah anda dengan air
dari bawah dagu hingga ke atas dahi
diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan
setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun
pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,
minum air dan biarkan ia di dalam
mulut selama 10 saat dan sambil itu
selawat 3 kali. Kemudian, baru
diteguk. Air liur ada enzim yang boleh
jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku
atau rambut pada hari-hari yang baik
iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain
itu, amalkan menanam kuku/rambut
yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di
waktu pagi baca selawat Nabi di
kedua-dua tapak tangan dan raupkan
ke muka berserta niat dalam hati
supaya di indahkan wajah seperti
Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita
agak muda daripada umur kita,
amalkanlah petua ini dengan jujur dan
ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh
bacalah surah Yusuf, kemudian minum
air suam sebanyak 3 teguk sahaja.
Wajah anda akan kelihatan muda
daripada umur sebenar anda.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38
surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati
setiap kali mandi untuk curahan
pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan
mandi embun. Usap embun dari hujung
daun pada wajah, rambut dan kulit
badan. Khasiat air embun amat
banyak. InsyaAllah wajah akan berseri
dan tubuh badan menjadi sihat serta
awet muda.